fbpx

Amyra Rosli Nafi Bermasam Muka Dengan Emma Maembong

Mengakui terkejut dengan khabar angin yang mendakwa dia bermasam muka dengan Emma Maembong kerana cemburu apabila melihat Emma mesra dengan Amar Baharin, Amyra Rosli menjelaskan bahawa mereka berkawan baik.

BACA: Amar Baharin Tidak Jemu Dengan Amyra Rosli

“Mana pula datang cerita mengarut ini? Ini adalah gosip paling kelakar pernah saya alami sepanjang bergelar artis. Perkara itu tidak pernah berlaku dan langsung tidak masuk akal. Saya dan Emma memang rapat dan baik”

“Apa sebab pula kami nak bergaduh? Apatah lagi disebabkan kes cemburu? Memang kelakar betullah,” jelasnya kepada Harian Metro. Perkara tersebut tersebar apabila khabarnya Amyra cemburu melihat kemesraan Emma dan juga Amar di lokasi penggambaran.

Apa pun, ramai juga bukan peminat Amyra dan juga Amar yang berharap mereka akan bersatu satu hari nanti malah ada juga peminat yang sudah bayangkan mereka dapat anak comel-comel. Bawalah bersabar sikit, manalah tahu jika Amar atau Amyra bertemu jodoh dengan orang lain. (rtky/s)