fbpx

“Jangan Bandingkan Saya Dengan Sharnaaz Ahmad”

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad meminta orang ramai supaya menghentikan kritikan negatif yang dilemparkan kepada gandingan pengacara Shaarnaz Ahmad dan Scha Al Yahya didalam program Gempak Superstar yang bersiaran pada minggu lalu.

BACA: Nabil Ahmad Enggan Sentuh Bukan Mahram

“Setiap orang mempunyai kelainan dari segi pengacaraan dan saya rasa tak perlu untuk orang bandingkan saya dan Sharnaaz. Bekerja dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan terus mengkritik seseorang tanpa mengetahui apa yang mereka lalui”

“Macam Sharnaaz, dia masih lagi baru dalam bidang ini dan kita kena beri peluang kepada dia. Saya rasa Sharnaaz mempunyai potensi yang cerah dalam bidang ini. Saya pernah lalui apa yang mereka rasa lebih-lebih lagi bila siaran langsung, memang gementar dan banyak perkara yang bermain di fikiran, katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Nabil lagi, beliau percaya bahawa Shaarnaz dan Scha boleh menjadi pengacara yang baik. Namun mungkin mereka perlu diberi sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan memperbaiki kekurangan yang ada. Malah katanya lagi, mereka juga harus diberi peluang supaya orang ramai dapat melihat peningkatan kerja mereka. (rkty/w)