Nabil Ahmad Tolak Tawaran Berlakon, Enggan Sentuh Bukan Mahram
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menjelaskan antara sebab beliau menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama adalah kerana untuk menjaga batasan daripada bersentuhan dengan wanita bukan mahram. Jelasnya, beliau menganggap itu adalah sebahagian cabaran untuknya selepas pulang menunaikan ibadah haji September tahun lalu.
BACA: Nabil Ahmad: Mereka Tiada Akal, Bawalah Bertaubat
“Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan”
“Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu. Biarlah orang tidak nampak perubahan saya,” katanya kepada m Star Online sambil menambah bahawa tindakannya itu hanya untuk memperbaiki diri dan bukan berlagak alim.
Nabil juga mendedahkan bahawa kini beliau sedang mendalami ilmu agama dengan mengaji Al-Quran secara persendirian di rumah dengan seorang ustaz yang akan datang ke rumah dan mengajar mereka sekeluarga. Tambahnya, isterinya tiada masalah untuk mengajarnya, cuma jika isteri yang mengajarnya, nanti asyik ketawa sahaja. (rkty/w)
Gambar Ihsan: Utusan Online
Bagus bang Bil!!
yeeee lah tu HAJI nabil. bini ko tak pulak ko suruh pakai tudung ye? tu pun penting bro. segala dosa dia ko yg tanggung.
Tapi tuari baru Nampak dia salam berpelukkan dengan Jaclyn Victor dekat Meletop.
pelawak bodoh. masih ditahap negara kelas ke 3
borink
Kurangkan ckp, buat dulu ok Nabil…sorry HJ Nabil
baguslah ada niat mcm tu
that should be the way.
BAGUS LA KALAU XNK BERSENTUHAN..TAPI LGI BAGUS KALAU MULUT TO X MENGATA OR PERLI ORANG BILA JADI HOST…TU PON PENTING GAK HAJI NABIL AHMAD
Ye la bang bill..tp klau ada tawaran com molot mcm ngan uqasha tuh musti abg terimakn..
Bagauslah kalau macam tu…. http://www.gerobokbuku.com/
Apa yang keluar dari mulut tu yang kena jaga dulu sebelum nak tunjuk bagus tak nak sentuh bukan muhrim tu nabil oii!! So…tak de lagi lah nak pelok2 gurlpren kalau menang anugerah, ek? I just do NOT like this guy…there’s something about him which is soo geli..!
whatever…
hey perlu keee nk guna nmaaa timah jahiliahh. haaaa ? nmaa aku tueee
Hahahahaa…jgn ckp ja buat dlu..tngok ko tahan nafsu ke x…tambah klo uqasha mai tongek kat ko nabilll
Alhamdulillah…sepatutnya kita patut bagi sokongan dan galakan pada Nabil bukannya mengutuk.. kita tidak tahu bagaimana akhir hidup kita nanti.. Syurga n neraka milik Allah…semoga Allah merahmati kita semua.. Aamiinn…