fbpx

Ibu Terlantar Sakit, Nabil Ahmad Sambut Raya Sederhana

Kemeriahan sambutan hari raya tahun ini mungkin tidak seperti tahun-tahun lalu bagi Nabil Ahmad kerana kesihatan ibunya yang tidak begitu baik. Nabil memaklumkan, ibunya telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa bulan yang lalu dan memerlukannya untuk menjalani rawatan dialisis setiap tiga kali seminggu.

BACA: Nabil Ahmad Risau Mahu Bawa Anak Pergi Umrah

“Tahun ini kami sekeluarga sambut sederhana sahaja kerana kesihatan ibu saya pun tidak berapa baik ketika ini. Tumpuan kami akan lebih kepada keperluannya selain memastikan dia menjalani rawatan dialisis pada waktu ditetapkan. Tahun ini kami adik-beradik yang akan sibuk di dapur menyediakan juadah,” katanya kepada m Star Online.

Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Nabil berkata, keadaan dimana sebelum ini ibunya merupakan antara orang yang paling sibuk menyediakan pelbagai juadah untuk semua adik beradik di hari raya namun kini keadaan sudah berbeza sejak beliau didapati sakit.

Terdahulu, Nabil dan isteri yang kini berada di tanah suci Mekah sedang menjalani ibadah umrah dan hanya akan pulang ke tanah air pada hari Isnin ini. Pemergian Nabil dan isteri ke tanah suci pada penghujung bulan Jun lalu juga bagi menjalani penggambaran program Perjalanan Haji Nabil terbitan Astro Oasis untuk siaran pada Hari Raya Aidiladha. (rkty/w)