fbpx

Nabil Ahmad Risau Mahu Bawa Anak Pergi Umrah

Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah buat kali kedua pada penghujung bulan ini merupakan satu rahmat besar buat Nabil Ahmad dan isteri. Akui Nabil, teringin untuk membawa dua anaknya bersama-sama ke Mekah namun terpaksa melupakan niat itu seketika kerana beliau perangai lasak dan aktif anaknya itu membuatkan beliau risau.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

BACA: Nabil Ahmad Tak Sabar Tunai Umrah Bersama Isteri

“Lebih istimewa saya akan mengerjakan umrah dengan isteri dan ini kali pertama kami berbuat demikian. Saya nak sangat bawa isteri dan anak-anak sekali ke Mekah tetapi saya fikir mungkin perlu cari bulan yang sesuai yang tidak ramai sangat orang ke sana. Bukan apa, anak-anak saya ini lasak dan aktif. Jadi saya perlu cari masa yang sesuai”

“Saya ada masalah apabila anak saya lari, saya cepat menggelabah cari mereka. Budak-budak ini pantang kita terlepas pandang, ke mana saja mereka pergi. Itu yang saya sekarang ini kalau pergi mana-mana saya pakaikan mereka tali. Ada yang kata saya buat anak saya macam binatang, tak kisahlah orang nak kata apa,” katanya kepada Utusan Online.

Seperti ibu bapa lain, Nabil turut meluahkan kebimbangannya terhadap dua anak perempuan mereka Naira Mikayla dan Leyla Medina berikutan banyak kes berkaitan dengan kanak-kanak hilang kebelakangan ini. Lebih-labih lagi apabila anak-anak beliau memang tidak suka dipegang dan suka berlari jadi pemakaian tali memudahkan kerja mereka.

Terdahulu, Nabil turut berkongsi keterujaan beliau yang berpeluang untuk mengerjakan umrah pada 10 malam terakhir Ramadhan buat kali kedua bagi menjalani penggambaran “Perjalanan Haji Nabil” ke Mekah pada 27 Jun sehingga 4 Julai ini. Perjalanan yang mengambil masa selama 8 hari itu turut ditemani isteri tersayang yang mengikuti Nabil ke sana. (rkty/w)