fbpx

Fizo Omar Akui Memang Ada Pelanggan Yang Dibayar

Demi membersihkan nama dan juga reputasi perniagaan tudung Fareeda, Fizo Omar dalam masa yang sama menjelaskan bahawa sebenarnya memang terdapat pelanggan yang dibayar sehingga menyebabkan ramai di antara mereka beratur di depan butik.

BACA: Fizo Omar Nafi Makan Hasil Perniagaan Isterinya

Bagaimanapun mereka bukanlah dibayar oleh pihak Fareeda namun dibayar oleh ejen-ejen yang menjual semula tudung tersebut. Fizo menjelaskan perkara tersebut kepada Kosmo! Online dengan niat untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik dakwaan bahawa mereka mengupah orang ramai untuk beratur.

“Memang mereka dibayar, tetapi bukan oleh pihak Fareeda. Mereka dibayar oleh ejen-ejen yang menjual semula tudung Fareeda. Untuk pengetahuan semua, setiap seorang hanya boleh dapat satu nombor dan membeli sebanyak empat helai”

“Maka, disebabkan itu ada ejen yang mengupah 10 orang barangkali untuk membeli nombor giliran. Jadi, tidak ada isu pihak Fareeda mengupah atau membayar mana-mana individu untuk berebut-rebut mengambil nombor giliran,” katanya.

Tidak menyangka bahawa video yang dikongsikannya mendapat reaksi tidak puas hati ramai pihak, Fizo turut menafikan perkongsian tersebut adalah di atas dasar riak kerana produk tudung tersebut laku keras. (rtky/s)