fbpx

Fizo Omar Nafi Makan Hasil Perniagaan Isterinya

Boleh tahan juga kritikan dan hentaman yang dilemparkan kepada Fizo Omar dan isteri berkaitan dengan isu pelanggan bersesak-sesak untuk mendapatkan tudung jenama Fareeda baru-baru ini. Malah ada yang mengaitkan perkara tersebut sebagai sebab tidak dikurniakan zuriat.

BACA: Fizo Omar Kecewa Peminat Disamakan Seperti Binatang

“Tolong jangan kaitkan isu tudung Fareeda dengan hal peribadi kami. Saya bertambah sedih apabila mereka turut mengaitkan keluarga mentua, ibu saya dan adik- beradik,” katanya seperti yang dipetik daripada Harian Metro.

Malah lebih teruk lagi ada yang menyatakan bahawa selama ini Fizo sebenarnya hidup dengan makan hasil daripada perniagaan isterinya itu. Bagaimanapun, pelakon dan pengacara ini menafikan perkara tersebut.

“Saya juga ada mengusahakan beberapa perniagaan lain dan dari hasil itulah saya menyara isteri. Walaupun dia ahli perniagaan berjaya, tetapi Mawar adalah tanggungjawab saya,” jelasnya. (rtky/s)