fbpx

“Diana Danielle Dijangka Akan Bersalin November Ini”

Tidak sabar menantikan anak kedua yang dijangka lahir pada November ini, Farid Kamil juga dalam masa yang sama menjelaskan dia mahu berada di samping isteri di saat-saat penting ketika isteri sarat mengandung dan melahirkan.

BACA: Farid Kamil Mengaku Terkilan Kontroversi Melanda Diana Danielle

“Harap-harap tarikh perlawanan (Equestarian Tournament) tidak berubah. Ini kerana doktor sudah menjangkakan Diana akan bersalin pada bila-bila masa di bulan November ini. Saya mahu berada di samping isteri di saat-saat penting iaitu ketika sarat mengandung dan melahirkan”

“Walaupun pada kandungan kedua ini Diana mudah letih, tetapi dia tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah… perkara itu buatkan saya lebih teruja untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami,” jelasnya kepada mStar Online.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan mempunyai seorang anak, Muhammad yang kini berusia dua tahun. Semoga Diana selamat melahirkan cahaya mata kedua nanti. (rtky/s)