fbpx

Farid Kamil Mengaku Terkilan Kontroversi Melanda Diana Danielle

Terpalit dengan kontroversi berkaitan gambar seksi isterinya di dalam majalah Esquire edisi Mac lalu, Farid Kamil mengakui terkilan dengan situasi tersebut dan menyatakan perkara itu seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan isterinya.

BACA: Diana Danielle Kunci Mulut Isu Bercoli Dalam Majalah

Menurut Farid, penjelasan tersebut seharusnya dijawab oleh Prokuya Studio selaku pihak pengurusan isterinya yang juga dimiliki oleh adiknya sendiri iaitu Fadzil Zahari.

“Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut. Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia  kerana ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pratonton filem Abang Lejen di Damansara, semalam.

Mengakui kontroversi yang melandanya isterinya itu merupakan sesuatu yang berat dan tidak dijangka, Farid dalam masa yang sama menyifatkan perkara tersebut sebagai cabaran seorang artis dalam menuju fasa bergelar seorang lagenda. Okay.

Nampaknya tanggungjawab pihak pengurusan memang besar betul ya sehingga boleh mengambil alih peranan seorang suami. Apa-apa pun kami pasti ramai peminat Farid dan juga Diana sentiasa mendoakan agar pasangan ini sentiasa cemerlang dan mencapai bahagia di alam perkahwinan. (rtky/s)