Oleh RotiKaya Staff pada
28 November 2012, 12:11AM

Program muzik akhir tahun paling popular di Jepun, Kohaku Uta Gassen mengambil keputusan untuk tidak menampilkan mana mana artis Korea seperti KARA & Girl’s Generation kerana mahu menumpukan kepada artis tempatan. – Japan Daily

Agnes Monica rancak merancang album antarabangsa sulung beliau di’bawah terbitan Timbaland yang khabarnya akan turut menampilkan Justin Timberlake & Beyonce. – Kapan Lagi

Buat pertama kalinya sejak di’terbitkan pada Januari 2011 yang lalu, album 21 milik Adele terkeluar dari carta 40 album terlaris di UK, ianya berada dalam carta setiap minggu. – Huff. Post

Bakal muncul dengan filem terbaru Killing Them Softly, Brad Pitt (gambar) mendedahkan yang beliau belum lagi tetapkan sebarang tarikh untuk mengahwini Angelina Jolie. – US Weekly

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem (Gafim), Jurey Latiff Rosli kehilangan anak sulungnya dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku petang semalam. Takziah. – Murai

VIDEO HARI INI: Ini mungkin permulaan untuk banyak lagi video mashup dan medley akhir tahun untuk lagu lagu popular sepanjang tahun. Ini dari Jimmy Fallon & Rashida Jones.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...