Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.244)
Program muzik akhir tahun paling popular di Jepun, Kohaku Uta Gassen mengambil keputusan untuk tidak menampilkan mana mana artis Korea seperti KARA & Girl’s Generation kerana mahu menumpukan kepada artis tempatan. – Japan Daily
Agnes Monica rancak merancang album antarabangsa sulung beliau di’bawah terbitan Timbaland yang khabarnya akan turut menampilkan Justin Timberlake & Beyonce. – Kapan Lagi
Buat pertama kalinya sejak di’terbitkan pada Januari 2011 yang lalu, album 21 milik Adele terkeluar dari carta 40 album terlaris di UK, ianya berada dalam carta setiap minggu. – Huff. Post
Bakal muncul dengan filem terbaru Killing Them Softly, Brad Pitt (gambar) mendedahkan yang beliau belum lagi tetapkan sebarang tarikh untuk mengahwini Angelina Jolie. – US Weekly
Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem (Gafim), Jurey Latiff Rosli kehilangan anak sulungnya dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku petang semalam. Takziah. – Murai
VIDEO HARI INI: Ini mungkin permulaan untuk banyak lagi video mashup dan medley akhir tahun untuk lagu lagu popular sepanjang tahun. Ini dari Jimmy Fallon & Rashida Jones.