fbpx

“Doakan Hubungan Saya Dengan Redza Rosli”

Hubungan mesra yang terjalin diantara Ayda Jebat dan Redza Rosli bukanlah satu rahsia lagi. Kalau lihat di laman sosial memang banyak sekali gambar mereka bersama dimuat naik. Dengan itu Ayda mengakui, beliau tidak tolak andai suatu hari nanti jodohnya bersama jejaka itu malah enggan meletakkan sebarang tempoh dan menyerahkannya kepada takdir.

BACA: “Saya Terima Kalau Kami Bercinta Nanti”

“Kalau rasa saya sesuai dengan Redza, aminkan sahaja lagipun ia perkara yang baik. Namun buat masa ini saya dan Redza kawan baik dan saya sendiri tak meletakkan sasaran mengenai sampai bila kami harus berkawan, tak ada tarikh luput. Tak ada isu yang begitu kontroversi atau perkara negatif dan buat masa ini saya selesa dengan apa yang kami lakukan”

“Redza adalah seorang lelaki yang sangat pemalu malah ketika di set pengambaran dia lebih selesa buat hal sendiri. Jadi pada awalnya susah bagi saya untuk buat dia lebih terbuka namun lama kelamaan saya berjaya juga. Saya banyak ajar dan beri nasihat supaya bergaul dengan kru dan orang sekeliling,” jelasnya kepada m Star Online.

Pasangan ini mula dilihat mesra apabila digandingkan bersama di dalam drama Ku Kirim Cinta, dan semenjak itu Ayda dah Redza sering memuat naik gambar bersama seolah sedang meluangkan masa berdua. Dalam masa yang sama Ayda juga turut mengharapkan doa dari peminat memandangkan ramai yang suka melihat mereka bersama. (rtky/w)