fbpx

Diana Amir Kini Hamil Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Diana Amir kerana telah telah hamil anak kedua yang kini berusia lima minggu. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Diana Amir kepada BH Online sambil menyatakan rasa bersyukur kerana doanya sebelum ketika di Sepanyol April lalu, ditunaikan.

BACA: Diana Amir Mahu Anak Jadi Ustazah Professional

“Ketika tiba di sana, masing-masing memasang niat termasuk saya yang memang berharap dapat menambah ahli keluarga memandangkan anak sulung kami sudah berusia setahun lebih. Nyata doa saya dimakbulkan-Nya”

“Sepanjang seminggu di bumi yang pernah menjadi pusat kegemilangan pemerintahan Andalusia, sebenarnya itu pertama kali saya berjauhan dengan anak. Walaupun agak sedih meninggalkannya kerana dia masih menyusu badan, nampaknya perancangan Allah yang terbaik,” kata Diana.

Hasil perkahwinan dengan Mohd Habibbullah, pasangan ini terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata pertama yang kini sudah berusia 1 tahun 2 bulan. Semoga keluarga kecil ini akan terus dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)