fbpx

Diana Amir Mahu Anak Jadi Ustazah Professional

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak yang soleh serta mampu memberikan manfaat apabila dewasa nanti. Bagi Diana Amir, dia mengharapkan anaknya, Khaulah menjadi seorang manusia yang mampu membawa kebaikan untuk semua.

BACA: Diana Amir Akui Sedia Tambah Anak Bila Bila Masa

“Saya mengharapkan agar Khaulah menjadi seorang ustazah yang profesional apabila dia sudah dewasa nanti. Untuk itu, dia mestilah mengikuti khursus-khursus khas dalam bidang agama terlebih dulu”

“Contohnya, bidang pengajian Islam di peringkat universiti dari Diploma sehingga ke peringkat kedoktoran dan Professor,” jelasnya kepada Media Hiburan. Selain itu, Diana kini kurang aktif di dalam bidang lakonan kerana mahu memberi tumpuan dalam bidang pengacaraan.

“Saya akan berlakon jika bersesuaian dengan waktunya. Ini kerana saya sedang memberikan sepenuh tumpuan kepada anak saya. Buat masa ini saya lebih suka dengan kerjaya mengacara dan melibatkan diri dalam program-program keagamaan. Biasanya saya akan terlibat dengan program ceramah motivasi di universiti,” katanya. (rtky/s)