fbpx

Dayana Terasa Hati Madu Hamil Lagi?

Baru-baru ini, melalui gambar yang tersebar yang menampakkan baby bump isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah, pelbagai komen berbaur diterima di laman sosial sehingga ada yang menyatakan perkara tersebut mengguris perasaan isteri pertama pelakon itu.

BACA: Wan Sakinah Sedang Hamil Anak Kedua

Dayana Terasa Madu Hamil Lagi? - ROTIKAYA

Bagaimanapun perkara itu dinafikan sendiri oleh Noor Dayana malah dalam masa yang sama turut bersyukur dan menyatakan rasa gembiranya di atas berita tersebut. Selain menyatakan Sarah (anak pertama Sakinah bersama Ashraf) bakal dapat adik baru, Dayana turut menjelaskan bahawa bayi yang bakal dilahirkan itu nanti sebagai anaknya juga.

Suka kami melihat keluarga bahagia ini dan mudah-mudahan kesihatan Sakinah akan sentiasa terjaga menjelang hari kelahiran nanti. (rtky/s)