fbpx

Wan Sakinah Sedang Hamil Anak Kedua

Baru sahaja rasanya isteri kedua kepada pelakon Ashraf Muslim ini menjadi perhatian ramai selepas dengan nada bergurau bertanyakan suaminya sama ada mahu menambah isteri seorang lagi dan hari ini ada berita baik yang boleh dikongsikan dengan anda semua.

Menerusi satu gambar yang dikirimkan oleh seorang pengguna di Instagram sebulan yang lalu, jelas kelihatan baby bump Wan Sakinah yang terus menimbulkan tanda tanya sama ada benar isteri Ashraf Muslim ini bakal melahirkan anak kedua mereka tidak lama lagi.

BACA: Isteri Muda Bergurau, Tanya Ashraf Muslim Kahwin Lagi

Wan Sakinah Hamil Anak Kedua - ROTIKAYA

Wan Sakinah dalam kisah berkaitan sudah memadam akaun Instagram beliau mungkin atas sebab perhatian yang diterima sebelum ini. Apa pun, tahniah diucapkan buat keluarga Ashraf Muslim yang bakal menerima orang baru dalam hidup, semoga lebih berbahagia selepas ini. (rtky/m)