fbpx

Baru Keluar Hospital, Shuib Sepahtu Tetap Bersanding

Baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital baru baru ini, nampaknya pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu tetap dengan pendiriannya untuk bersanding bersama isterinya, Siti Sarah sempena 6 tahun perkahwinan mereka.

BACA: Shuib Sepahtu, Siti Sarah Bakal Bersanding

“Shuib sudah dibenarkan keluar semalam, Alhamdulillah kesihatannya semakin baik. Majlis yang dirancang Ahad ini akan diteruskan. Saya harap semuanya baik-baik sahajalah. Sebenarnya kalau tidak jadi atau terpaksa dibatalkan pun saya tidak kisah”

“Kesihatan suami itu lebih utama tetapi setakat ini, majlis tetap akan diteruskan,” katanya kepada Utusan Online. Bagaimanapun, jika dilihatkan pada kerja keras Shuib dalam merealisasikan majlis persandingan mereka, tiada lelaki yang mahu majlis seindah ini dibatalkan.

Shuib baru baru ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana tekanan darah rendah. Apa pun, semoga majlis persandingan buat kali pertama buat pasangan ini akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.