fbpx

Azwan Kombos Terima Jemputan Perkahwinan Nad Zainal

Telah sedia maklum sebelum ini bahawa Azwan Kombos dan pelakon Nad Zainal pernah menjalinkan hubungan istimewa tetapi hubungan tersebut tidak kekal lama apabila hubungan itu putus di tengah jalan.

BACA: Azwan Kombos Nafi Ganggu Nad Zainal, Sudah Lama Tidak Berhubung

Dalam masa yang terdekat ini juga Nad Zainal telah mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya dan turut menjemput bekas kekasihnya Azwan Kombos, untuk turut serta menghadiri majlis itu.

“Saya dijemput Nad melalui applikasi whatsapp untuk menghadiri majlis perkahwinannya nanti,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Isteri Untuk Dijual.

Tambahnya lagi, dia akan datang ke majlis perkahwinan Nad Zainal sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen pekerjaan pada hari tersebut.

“Saya akan datang ke majlis perkahwinannya sekiranya saya mempunyai masa lapang. Lagipun saya sudah dijemput dan tidak baik untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan seseorang itu,” katanya lagi.

Azwan turut mengucapkan tahniah kepada Nad Zainal serta pasangannya itu dan menjelaskan tidak mempunyai sebarang dendam ataupun masalah dengan Nad malah turut mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

“Saya tidak ada dendam atau masalah dengan Nad, apa yang penting saya doakannya supaya bahagia,” tambahnya.

Azwan juga berkata, bakal melangsungkan perkahwinannya pada pertengahan tahun hadapan tetapi masih tidak mempunyai sebarang tarikh yang sesuai lagi.

“Insya Allah tahun depan tetapi tidak mempunyai tarikh yang spesifik lagi,” ulasnya. Sementara itu, Azwan Kombos turut bergandingan bersama Kamal Adli dan Nora Danish dalam filem terbaru berjudul ‘Isteri Untuk Dijual’ yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 24 Disember ini. (rtky/h)