Azwan Kombos Nafi Ganggu Nad Zainal & Sudah Lama Tidak Berhubung
Menjadi bualan ramai pagi ini apabila akhbar harian melaporkan yang pelakon Nad Zainal telah membuat laporan polis selepas beliau tidak tahan diganggu bekas kekasihnya, Azwan Kombos dan seorang wanita tidak dikenali.
BACA: Nad Zainal Buat Laporan Polis Terhadap Azwan Kombos, Tidak Tahan Diganggu
Dalam satu kenyataan balas kepada portal GUA, Azwan Kombos menafikan dakwaan Nad Zainal itu dengan berkata beliau sudah berhenti menghubungi bekas kekasihnya itu hanya beberapa hari selepas mereka berpisah.
“Saya sebenarnya sudah penat nak bercakap mengenai hal ini kerana sudah berlanjutan selama dua bulan. Saya seorang lelaki, jadi kalau orang dah tinggalkan kita kenapa kita nak terhegeh hegeh dengan dia lagi?” ujar Azwan Kombos.
“Saya sudah tidak mencari Nad selepas beberapa hari berpisah serta telah memadam nombor telefon dia. Bagi saya perkara ini melibatkan polis, jadi saya enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada pihak pengurusan saya untuk menyelesaikan perkara ini”
Azwan Kombos bagaimana pun tidak menafikan mereka ada berkomunikasi untuk bincangkan perkara yang tidak penting, namun pelakon ini enggan pula menerangkan butir lanjut atas alasan terlalu peribadi. Kalau berhadapan polis, perlulah cerita semua ya tidak? (rtky/m)
HA..itu dia..azwan..kalo tak terlibat..sila bagi kerjasama dgn polis..si nad ni melampau2..
pendek banyak masalah!
NAMPAK MACAM FRUST MENONGGENG AJE MAMAT NI..
BADAN DAH SERUPA LIDI MANCIS..
CER TGK LIDI MANCIS DGN DIA.. SAMA KAN…
ITU pon nak buat report polis haiyaaa ..
Entah ape2 la diaorg ni..hmmm
Tapi kalau ada llki yg betul2 jenis psiko,dia snggup buat apa saja..Hope Azwan tak terbabit dalam hal ni..Semoga ada jodoh yanglebih baik yangtelah dicipta untuk awak..
baru putus couple dah begini…. kalau cerai… aku rasa naik turun mahkamah….. aihhh.. yg tanggung malu mak ayah kat kampung sampai x nak keluar rumah… anak2 buat peel sesedap rasa depan media… aaaaaaaaaaaaaa…… stop to be an actor and actress..! pentas dunia lakonan tak sama dengan pentas dunia nyataaa!
Sedih nye