fbpx

Ayah Fazley Yaakob Meninggal Dunia Pagi Tadi

Takziah kami ucapkan kepada Datuk Dr Fazley di atas pemergian bapa tersayang, Datuk Yaakob Mohammad, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Fazley memaklumkan perkara itu menerusi akaun laman sosial miliknya dan turut mendapat ucapan takziah daripada peminatnya.

BACA: Fazley Yaakob Jadi Penyelamat Pasangan Daripada Bercerai

Ayah Fazley Yaakob Meninggal Dunia Pagi Tadi_in

“Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi”

Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini”

Mohon maaf jika ada salah dan silap beliau, sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau,” kata beliau di laman Instagram. (rtky/s)