fbpx

Fazley Yaakob Jadi Penyelamat Pasangan Daripada Bercerai

Siapa sangka, penyanyi yang terkenal dengan sikap lemah lembut serta mempunyai kebolehan memasak sebagai tambah nilai suami yang romantis sebenarnya dalam masa yang sama pernah menyelamatkan hampir 100 pasangan yang mahu bercerai.

BACA: Fazley Yaakob Lancarkan Buku Cenderahati Motivasi Santai #Cinta

Menurut Fazley sendiri, kebanyakan mereka menghantar mesej peribadi menerusi laman sosial untuk berkongsi masalah dan dia kemudiannya akan merujuk hal tersebut kepada pakar motivasi sebelum memberi kaunseling kepada individu berkenaan.

“Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menyelamatkan rumah tangga masing-masing. Alhamdulillah saya sudah selamatkan hampir 100 pasangan daripada bercerai. Sebelum memberi nasihat, saya akan merujuk kepada pakar motivasi lain termasuklah mentor saya iaitu Datuk Fadzillah Kamsah”

“Apa yang saya lihat, kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin mempunyai masalah kewangan dan komunikasi,” katanya kepada mStar Online. Tahniah kepada Fazley kerana telah berjaya membantu banyak pasangan untuk kembali bersatu.

Nampaknya, tidak lama lagi Fazley sudah boleh buka servis kaunseling atau mungin buat talk show sendiri bagi menyelamatkan lebih ramai pasangan daripada terus bercerai. (rtky/s)