fbpx

Akui Sudah Putus, Hefny Sahad Dedah Nad Zainal Cinta Pertama

Pasangan ini menjadi perhatian ramai selepas dikatakan memulakan hubungan cinta ketika Nad Zainal sendiri masih kekasih orang — khabar angin yang sehingga hari ini tidak mempunyai jawapan dari pihak yang terlibat.

Dalam temubual terbaru bersama mStar Online, Hefny Sahad akhirnya mengakui yang Nad Zainal merupakan cinta pertamanya sejak dia berkecimpung dalam industri hiburan tempatan sejak dua tahun lalu sehinggalah hubungan mereka putus baru baru ini.

BACA: Nad Zainal Nafi Kekasih Hefny Sahad, Nafi Serang Di Lokasi

“Benar Nad adalah cinta pertama saya sepanjang berada dalam industri seni. Walaupun sekejap, saya anggap apa yang telah berlaku adalah takdir kami. Saya pun tak salahkan sesiapa terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Cuma saya hanya mampu menjadikan pengalaman lama itu sebagai pengajaran untuk kita terus hidup di masa hadapan,“ ujar Hefny Sahad.

Pelakon itu turut menambah yang salah faham dua bulan lalu sehingga terjadinya insiden di lokasi penggambaran sebagai punca perpisahan mereka.

“Memang betul ketika di lokasi Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Nad datang pada saya kerana mahu menyelesaikan masalah perselisihan faham antara kami, tetapi tidaklah sampai dia menyerang saya. Saya memberitahu dia ketika itu untuk berbincang masalah berkenaan pada waktu. Itu saja. Orang lain pula menokok tambah kejadian itu,” tambahnya lagi. (rtky/m)