fbpx

Shila Amzah Mahu 3 Anak Sahaja, Akui Mental & Kewangan Perlu Stabil

Penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak meletakkan sasaran berapa bilangan cahaya mata yang bakal dimiliki bersama suaminya, pempengaruh media sosial, Ubai.

Memetik Xtra, menjawab soalan daripada peminat, Shila berkata dia dan Ubai tidak meletakkan sasaran namun bilangan anak yang dimahukannya maksimum tiga orang sahaja.

BACA: “Paling Saya Suka Bila Bangun Tidur Ada Disebelahnya…” -Shila Amzah

Menurut Shila membesarkan anak bukan perkara yang mudah kerana perlu diberikan perhatian kepada anak-anak. 

Ujarnya lagi, kuantiti bukan menjadi keutamaan namun apa yang perlu diberi persediaan adalah mental, fizikal serta kewangan.

Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 4 Ogos lalu dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.