fbpx

Reviu: The Great Gatsby

The Great Gatsby oleh F. Scott Fitzgerald tidak di’nafikan memang salah satu hasil kerja terbaik dalam sejarah penulisan di Amerika Syarikat. Novel ini telah di’ajar di peringkat sekolah lagi supaya pelajar boleh merasai hasil penulisan agung Fitzgerald. Karya epik ‘kan?

Baz Luhrmann dengan kepakaran yang dimiliki berjaya terjemahkan karya ini ke layar perak. Di’bintangi oleh Leonardo DiCaprio sebagai Gatsby dan menggunakan ayat & dialog yang di’petik bulat bulat dari novelnya.

Karya Baz Luhrmann kali ini berjaya menjadi jambatan mudah untuk para golongan muda menhayati dunia Gatsby ciptaan Fitzgerald.

Berlatarbelakang tahun 1920’an, filem ini mengikuti Nick Carraway (Tobey Maquire) yang menceritakan pengalamam musim panas beliau yang tidak mampu di’lupakan ketika berada di New York.

#01 The Great Gatsby - ROTIKAYA

Ketika berada di sana, Carraway berjumpa dengan si misteri Jay Gatsby dalam masa yang sama hubungan sepupunya, Daisy (Carey Mulligan) dan suaminya Tom Buchanan (Joel Edgerton) agak tegang.

Dengan bantuan Carraway & juga seorang rakan Daisy, Jordan Baker (Elizabeth Debicki) — Daisy kembali bersama Jay Gatsby yang sebenarnya pernah saling berjumpa lima tahun sebelum itu. Dan, bermulalah drama yang menjadi elemen penting dalam filem ini.

Drama dalam The Great Gatsby ini memang cemerlang di’bawah teraju Leornado DiCaprio, yang kami rasa layak untuk memenangi anugerah melalui watak beliau selain Casey Mulligan & Elizabeth Debicki yang cukup sempurna untuk watak masing masing.

Gaya pengarahan Baz Luhrmann memang jelas kelihatan di’sepanjang filem. Sebagai peminat Moulin Rouge arahan beliau pada 2001, kami sebenarnya teruja ketika menantikan filem ini siap. Heh.

Rekabentuk set penggambaran yang tampak mewah & penuh warna warni menjadikan setiap babak dalam The Great Gatsby sebagai satu hasil seni.

Satu lagu trademark Baz Luhrmann dalam filem beliau adalah muzik iringan yang kontemporari — yang pernah mencetuskan beberapa isu di kalangan peminat filem.

Kali ini, Baz Luhrmaan bekerjasama dengan Jay-Z untuk menghasilkan muzik untuk filem ini. Hasilnya, runut bunyi The Great Gatsby di’penuhi dengan bintang ternama seperti Beyoncé, Lana Del Ray & Will.i.am.

Walaupun muzik yang di’hasilkan oleh kolaborasi ini tidak pernah kami jangkakan sesuai dengan latar 1920’an, ianya memang kena dengan filem ini lebih dari apa yang kami sangka.

The Great Gatsby memang kami anggap sebagai satu hasil kerja seni yang wajib anda semua tonton. Banyak versi sebelum ini di’hasilkan tetapi sentuhan Baz Luhrmann juga yang mengena.

Filem The Great Gatsby memulakan tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Mei 2013.