fbpx

Neelofa Tertekan Hari-Hari Peminat Minta Nak Tengok Wajah Bilal

Hampir tiga bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Memetik laporan Utusan, Neelofa mengakui menerima banyak permintaan daripada peminat yang berharap agar pintu hatinya terbuka untuk berkongsikan wajah anaknya itu kepada umum.

BACA: Takut Kena Penyakit Ain, Neelofa Minta Peminat Bersabar Nak Tengok Wajah Bilal

Menurut Neelofa, dia memahami ramai teruja namun pertanyaan dan permintaan sama diterima setiap hati membuatkan dirinya rasa sedikit tertekan.

“Saya pun tak boleh nak cakap pada masa depan nanti bagaimana. Lagi pula dengan zaman media sosial sekarang, trend dan sebagainya, nak kata saya ada ketetapan jawapan untuk itu pun tak ada.

“Buat masa sekarang, saya nak cuba untuk tidak meletakkan anak saya di bawah ‘limelights’ itu. Rasanya ini yang terbaik. Saya juga tak menolak, hari-hari ditanya ramai, bila nak tunjuk wajah anak dan ia membuatkan saya sedikit tertekanlah juga,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata dia juga tidak berupaya untuk memberikan keyakinan selama mana akan berpegang kepada keputusan tersebut.

“Keputusan ini dibuat secara bersama dengan suami saya. ‘Malangnya’, Bilal mempunyai ibu dan ayah yang terlibat dalam dunia yang sama walau arahnya berbeza. Saya di bidang seni manakala ayahnya pula lebih kepada bidang keagamaan.

“Mungkin perhatian dan keinginan orang untuk melihat dan nak tahu itu lebih.Tapi, kita cuba elak daripada penyakit ain sebab kita tak tahu bukan…Tapi, nak cakap saya tak buat langsung itu pun belum pasti,” katanya.

Kata Neelofa lagi, dia cuba untuk elakkan keluarganya daripada anasir tidak baik terutama sekali anaknya yang masih kecil.

“Nauzubillah, kalau terkena pada budak-budak, mak ayah yang akan pening kepala nanti. Jadi, kita ambil jalan selamat. Kalau mereka itu tidak terlibat dengan dunia hiburan dan tidak dikenali, mungkin lebih senang,” katanya.

Terdahulu,  Neelofa berkata dia turut berhati-hati berkongsikan tentang anaknya itu bagi mengelakkan penyakit ain dan mungkin akan berkongsikan wajah Bilal apabila anaknya itu sudah kuat