Gambar Lisa Surihani Kini Duta FreshlookYa, kisah Lisa Surihani lagi untuk kesekian kali’nya minggu ini. Tetapi tidak mengapa, Lisa Surihani masih Malaysian darling di’mata kami. Tiada pengganti. Eh.

Bakal muncul dengan filem terbaru Istanbul, Aku Datang pada 8 November nanti, rezeki pelakon ini semakin murah selepas sah di’lantik sebagai duta jenama kanta lekap, FreshLook.

Lisa Surihani mengakui yang beliau menggunakan kanta lekap sejak beliau berusia 9 tahun lagi tetapi tidak pernah mencuba kanta lekap berwarna sehinggalah menemui jenama ini.

“Saya selesa dengan kanta lekap FreshLook kerana warnanya memang semulajadi & Yusry sendiri suka apabila saya pakai kanta lekap biru,” ujar Lisa Surihani, semalam.

Bercakap tentang persiapan teater Tun Siti Hasmah kini, Lisa Surihani berkata bukan mudah untuk membawakan watak yang di’beri tetapi ia’nya merupakan satu tekanan yang positif.

“Saya sentiasa berpegang kepada prinsip apabila melakukan sesuatu kita mesti menanam rasa gembira dan seronok kerana ia dapat membantu untuk memberikan hasil yang terbaik”