fbpx

Hattan Umum Bersara Jun Depan

Penyanyi Datuk Hattan membuat kejutan apabila mengumumkan mahu bersara daripada nyanyian pada Jun depan.

Memetik Harian Metro, Hattan berkata dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu dan ini masa terbaik untuk melakukannya.

BACA: Walaupun Kontroversi, Hattan Tak Menang Tangan Terima Tawaran Menyanyi

“Saya akan bersara pada bulan enam (Jun). Jadi, saya punya dream (impian) dulu masa mula terbabit dalam industri ini, saya belajar dengan Datuk M (M Nasir).

“Dan saya bersara atas pentas selepas dapat beraksi bersama Datuk M (M Nasir). Itu impian saya dan baru sekarang saya beritahu,” katanya.

Menurut Hattan, dia tidak merajuk sebaliknya mahu berehat dan akan bersara selepas menjayakan sebuah konsert pada Jun depan. Katanya lagi, perbincangan untuk konsert masih berjalan.

“Saya tak merajuk. Saya dah penat. Jadi kena rileks (berehat). Saya dah lama rancang. Bukan bersara macam mana, tapi tak nak terbabit dalam konsert besar.

“Saya dah sampai apa yang saya nak, bagilah orang lain pula. Saya dah sepentas dengan ‘sifu’ saya. Saya dah buat konsert saya. Jadi apa lagi yang saya nak capai.

“Nak berehat pula. Kalau boleh tak nak terbabit lagi. Dah bersara, bersaralah,” katanya.

Difahamkan, Hattan dan M Nasir akan menjayakan Konsert Sifu & Aku yang akan berlangsung di Sabah International Convention Center (SICC) pada 3 Februari ini.