Aisar Khaled Sedih Tengok Masjid Lengang, Tapi Ramai Sanggup Pergi Konsert Justin Bieber
Pasti ramai tahu penyanyi antarabangsa, Justin Bieber akan mengadakan konsert di Malaysia pada Oktober nanti dan ramai tidak sabar untuk mendapatkan tiket.
Difahamkan tiket untuk konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 negara tahun ini mula dijual dengan harga RM288 hingga RM1,088.
BACA: Tak Berdendam, Shuib Maafkan Aisar Khalid
Baru-baru ini, perkongsian seorang influencer kontroversi, Aisar Khaled menjadi perhatian ramai apabila seolah membandingkan sambutan konsert Justin Bieber dengan suasana di masjid.
Menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok, Aisar dilihat merakamkan wajahnya yang hiba melihat keadaan di sebuah masjid yang dikatakan lengang.
@aisarkhaledd Kadang rasa sebak ampunkan kami ya allah .
Tulisnya, konsert artis antarabangsa itu mendapat sambutan luar biasa, namun keadaan di masjid kosong sedangkan ianya percuuma.
Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu mengundang kecaman netizen yang menyelar kenyataannya itu serta ada yang mendakwa influencer itu pasi akan ada ketika konsert itu nanti.
Bagaimanapun, ada yang bersetuju dengan teguran Aisar itu serta berharap orang ramai bersangka baik dengan perkongsiannya itu.
- SUMBER
- Ohmymedia
Sapo ni x kona pun??!
Ale uto a ko melayu huduh kaki propa
Nak viral cepat untk dpt duit buat tiktok dgn tajuk dan content yg ramai akan tengok. Konsert bukan setiap hari dan waktu jgn salahkan konsert sebab takde konsert pun masjid kosong tapi bnyk masjid lain yg tak kosong.
Mmmmm sebelum ni mmg x kosong eh? Mungkin lebai2 mcm awak kena bekerja keras menarik minat org pergi masjid jangan salahkan orang lain mungkin cermin diri di mana silapnya bila masjid kita sunyi. Mungkin masjid perlu aktiviti2 lain bukan sekadar solat dan dengar ceramah?
saf 1088 dah penuh, cuma tinggal saf 288, cepat sapa lambat dia tak dapat..long live JB
alhamdullilah, datang juge Justin Bieber ke Malysia, insyallah aku ada kat saf depan kot?
ADA KALANYA BETUL JUGAK .. MASA MASJID TUTUP KORANG MENYALAK BUKIT KENAPE TUTUP MASJID ITU LAH INI LAH .. BILA DAH BUKAN DAN SAF PUN DAH BOLEH RAPAT YANG MENYALAK MANA … KALAU SEMUANYA NAK JATUHKAN SESAMA MANUSIA BAIK TAKPAYAH LAH ..