fbpx

Nora Danish Dedah Rahsia Susut 10kg Lepas Bersalin

Sebelum ini pelakon jelita Nora Danish mendedahkan berat badan dia telah naik sebanyak 10 kilogram semenjak mengandung.

Baru saja melahirkan anak kedua, pelakon jelita Nora Danish memberitahu proses pemulihan kali ini lebih mudah dan dia hanya mengamalkan cara berpantang tradisional.

BACA: Ini Sebab Nora Danish Berkerusi Roda Ketika Hamil

Nora juga teruja dengan pakej berpantang yang dilanggani olehnya sehingga dia mampu menurunkan berat badan sebanyak 10kg.

“Jika diikutkan, sama saja proses berpantang kali ini. Cuma keadaan lebih mudah kerana saya dijaga selama 44 hari oleh kumpulan penyedia khidmat itu.

“Jadi, segala urusan seperti bertungku, berurut, sauna, pilis, lulur dan sebagainya diuruskan mereka,” katanya kepada BH Online.

Dalam sebulan, berat badan Nora susut sebanyak 10kg dan dia mahu turunkan lagi sebanyak 8kg.

“Alhamdulillah, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) sejak mula berpantang. Namun, saya perlu susut lapan kg lagi untuk mencapai berat tubuh dulu,” katanya.