Bella Astillah Terbuka Hadir Majlis Kahwin Bekas Suami

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia terbuka untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas pasangannya jika menerima jemputan. 

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Bella berkata jika hubungan dengan ahli keluarga bekas pasangannya itu masih baik dan kehadirannya bukan berniat jahat sebaliknya mahu meraikan hari bahagia.

BACA: Cantik Sebab Banyak Duit? Bella Sekolahkan Netizen “Saya Guna Duit Sendiri”

@era.je

Topik harini tengah famous kat thread pasal ‘Kalau ex jemput pergi wedding’! @bellaastillah jawab tentang benda ni & Bella sempat eh kacau Radin ? #ERARadioNo1PalingLegit #3PAGIERA

? original sound – ERA – ERA

“Sebenarnya bila kata pasal jemputan ini kan dan orang pun akan mendirikan rumah tangga. As long as niat kita baik dan niat dia pun baik untuk menjemput, sebab itu pentingnya silaturahim.

“Kalaulah Bella dengan ahli keluarga dia masih baik, pada Bella, apa salahnya.  Sebab kita nak meraikan dan kita dah move on. Jadi tak salah,” katanya.

Bagaimanapun, Bella berkata tiada keperluan untuk menghadiri majlis berkenaan jika ahli keluarga pihak sana tidak menjemputnya. 

“Tapi kalau hanya dia saja jemput, bukan ahli keluarga dia yang menjemput, Bella rasa tiada keperluan kot,”katanya.

×