fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.229)

Patutlah aktor ini meminati politik, rupanya George Clooney mempunyai pertalian darah yang jauh dengan Abraham Lincoln, menurut laman web Ancestry.com baru baru ini. – People

Presiden Barack Obama secara eksklusif mendedahkan 5 fakta tentang diri beliau melalui sebuah portal hiburan dan kami buka pintu untuk Datuk Seri Najib Razak. Heh. – Us Weekly

Sejak berazam untuk berubah ke arah kebaikan, Iqram Dinzly berkata beliau sudah mula tidak kisah sama ada mempunyai tawaran berlakon atau tidak. Berhenti mungkin? – GUA

Pelakon juga penyanyi, Evan Rachel Wood (gambar) di’sahkan berkahwin dengan Jamie Bell, aktor berbangsa Inggeris dalam satu majlis yang agak kecil, kelmarin. – Just Jared

Apa lagi perkara gila yang di’lakukan penyanyi ini. Bersempena hari Halloween, Chris Brown telah pun tampil ke sebuah parti dengan persalinan ala-Taliban, atau ‘pengganas’. – TMZ

VIDEO HARI INI: Bercakap tentang parti, ini suasana di tempat letak kereta sebuah universiti dan lihatlah bagaimana struktur bangunan seperti mahu runtuh dengan lagu Gangnam Style.