fbpx

Isteri Alif Satar Selamat Timang Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada Alif Satar dan isteri, Sha Dila diatas kehadiran cahaya mata ketiga mereka. Cahaya mata lelaki itu dilahirkan secara normal seberat 3.54 kilogram kira-kira jam 11.21 malam semalam di sebuah pusat perubatan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh Alif di akaun Instagramnya. Lebih manis kehadiran cahaya mata lelaki pertama itu adalah pada ulang tahun kelahiran Alif yang ke-29.

BACA: Jam Tangan Alif Satar RM120,000 Jadi Perhatian Netizen

Dalam pada itu, Alif turut meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anaknya itu serta mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan ucapan dan mendoakan untuk mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah, Alahamdulillah, Alahamdulillah. Isteri saya Sha Dila lahirkan anak ketiga kami pada 11.12 malam Khamis, 19 September 2019.

“Ia bayi lelaki yang sihat. Terima kasih juga semua atas ucapan hari jadi,” tulisnya

Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca kini berusia dua tahun.