Sebut je drama bersiri Mr. Grey, rasanya ramai dah tahu siapa hero dan heroin yang membintangi drama tersebut. Rata-rata netizen memberi respon cukup positif terhadap drama baru tersebut dan memuji gandingan kedua pelakon iaitu Fendy Bakry dan Eyra Hazali

Menerusi drama popular itu, nama Fendy Bakry menjadi bualan ramai gadis-gadis. Mana tidaknya, wataknya yang sentiasa muncul dengan ‘pick-up line’, sememangnya membuatkan ramai wanita cair.


Ramai yang memuji lakonan Fendy yang membawakan watak Mr. Grey memang menjadi dan tidak kayu.

Tidak kurang juga ada netizen yang membandingkan pelakon itu dengan pelakon lelaki popular, Fattah Amin. Tak pasal-pasal nama Fattah Amin pun terkait sekali.



Rata-rata peminat wanita menggelar Fendy Bakry dengan gelaran ‘Tall, Dark and Handsome’. Ada juga yang memanggil Fendy Bakry sebagai Remy Ishak Junior.

Ada juga peminat yang memberikan komen bahawa mereka sudah meminati Fendy menerusi drama ‘Kuntom’ dan ‘Abang Surau’.

Sementara itu, Fendy Bakry kini dilaporkan mengalami sakit secara tiba-tiba dan perkara tersebut disahkan oleh pihak pengurusannya sendiri. Rata-rata peminat mendoakan agar Fendy kembali sihat dan pulih seperti biasa.