Dalam bulan Ramadhan ini selain memasak, ramai memilih untuk berbuka puasa secara buffet diluar. Menerusi posting terbaru, Rozita Che Wan sempat memberi tips kepada pengikutnya untuk berjimat.
BACA: Baju Tak Sesuai Melawat Orang Sakit, Che Ta Dituduh Sebar Kuman
Menurut Che Ta, seseorang itu perlu bijak memilih tempat yang tidak mahal agar makanan yang dimakan itu berbaloi. Jelas Che Ta lagi, tidak perlu ke tempat mahal untuk berbuka kerana tidak semua makanan mampu dimakan.
“Cerita bukak puasa. Makanan sedap, harga tak cekik darah. Bayaq mahai-mahai pun bukan laqat nak makan semua, so untuk mengelakkan pembaziran di bulan puasa ini pilih tempat yang tak mahai tapi makanan banyak dan sedap,” tulisnya.
Rata-rata ramai bersetuju dengan pendapat Che Ta itu dan mencadangkan agar lebih baik memasak sahaja di rumah supaya dapat berjimat dan mengawal nafsu makan ketika puasa. Apa pula pendapat anda? (rtky/w)