fbpx

Semalam perkongsian penyanyi Nora Ariffin mengejutkan ramai apabila suaminya, Dr Rushdi Ramli menceraikannya talak satu menerusi satu rakaman video.

Memetik BH Online, Nora mendakwa lafaz cerai yang dibuat oleh suaminya itu tanpa kerelaan dan hanya mengikut arahan yang diberikan serta diminta merakamkan lafaz cerai itu melalui video.

BACA: Suami Ceraikan Nora Ariffin Menerusi Rakaman Video

“Ustaz (suami) dipaksa ceraikan saya tanpa sebarang sebab dan diminta ambil video sebagai bukti supaya semua orang tahu,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya siapa individu yang memaksa bekas suaminya itu untuk berbuat demikian, Nora hanya menguci mulut.

“Itu sahaja… Cukuplah,” tulis Nora melalui WhatsApp.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Nora berkata bekas suaminya tidak bersalah sebaliknya hanya mengikut arahana yang diberikan untuk menceraikannya.

SUMBER: BH Online