Siti Elizad Takut Suami Bosan Belum Ada Rezeki Bagi Zuriat
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Siti Elizad memberitahu hasrat untuk berpindah ke rumah baharu bersama anak sulungnya tidak kesampaian selepas mengalami keguguran pada November tahun lalu.
Memuat naik entri sempena ulang tahun keenam perkahwinannya, Elizad berharap suaminya, Shamsul Baharin Rahman tidak bosan dengannya kerana masih belum ada rezeki lagi untuk memberikan zuriat.
BACA: Elizad Berang Wanita Tawar Diri Jadi Madu, Mahu Kandungkan Zuriat Suami
“Kami beli rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan tahun 2021 rumah ini siap dan kami sudah ada zuriat sendiri. Nampaknya masih lagi kita berdua sayangku. Nampaknya isteri awak ini terpaksa jadi ‘bayi kecil’ untuk memeriahkan keluarga kita.
“Saya harap sangat awak tidak bosan dengan saya memandangkan isteri awak ini belum ada rezeki untuk beri zuriat. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan keenam. Terima kasih selalu layan, sabar dan melindungi saya,” tulisnya.
Pada November lalu, Elizad berkongsi berita duka apabila mengalami keguguran selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Meskipun keguguran, Elizad meluahkan rasa syukur sempat merasai nikmat menjadi ibu walaupun selama beberapa hari.
- SUMBER
- Cari Forum
Org jntan nie dek.. Bkn bosan psl bgi zuriat jerk.. Bnyak caranyer.. Nko jage mkn minum dia,napsu serakah dia, ok jerk
Jantan stay bkn psl anak. Psl nafsu. X kan tu pun x tau. Lol.
Takpelah janji happy harmonis…tak kurang yg dah kasi zuriat berderet pun tak dihargai…sebelum jadi hasil ivf tu jangan dishare, jgn over excited…terus usaha & berdoa…
apa benda ayat dia ni mcm ni. mcm takde iman, rezeki anak tu dari Allah. why are you putting yourself mcm satu machine pembuat anak. itu bukan rezeki you sorang. rezeki dua-dua suami isteri. ee tak paham la aku mindset macam ni. mcm tak percaya qadak qadar Allah.
Kalo laki2 jenis gatai mmg dia akan guna this as trump card utk buat perkara tu. Lelaki yg baik akan bersama2 mnghadapi usaha tu mcm tok k.