fbpx

Filem Minggu Ini: Alamak Toyol

Pernah nampak poster filem Alamak Toyol di’sebelah — mesti naik hafal dalam benak fikiran anda judul filem ini.

Semalam kami berkesempatan untuk menyertai pra tonton filem Alamak Toyol yang berlangsung di MBO, Subang Parade — bersama krew produksi, rakan media & para peminat bertuah.

Kami pada awal’nya sedikit risau dengan potensi filem ini untuk menjadi hits namun selepas menyaksikan sendiri karya terbaru Ismail Bob Hashim ini, ragu ragu kami hilang begitu sahaja.

Beritahu kami, bila’kah kali terakhir anda tonton filem yang mampu memecah perut setiap penonton dalam panggung wayang dalam masa 5 minit pertama? Alamak Toyol berjaya dalam masa kurang dari itu.

Gabungan Along Cham & Angah Raja Lawak sememang’nya menjadi dan mereka seolah olah di’jodohkan untuk menjadi duo komedi sebutan ramai seterusnya selepas Johan & Zizan Raja Lawak.

Kehadiran Hamid Gurkha dalam filem ini bukan sekadar tempelan semata, watak yang beliau bawakan cukup kuat untuk mengatakan ini adalah filem yang bakal membuatkan nama Hamid Gurkha kembali di’minati produser.

Bakat baru Afiq Izzudin berjaya membawa watak toyol dengan baik dan kami faham cabaran buat pelakon cilik ini sangat besar — melakukan komedi tanpa bantuan dialog. Masih awesome!

Keseluruhan jalan cerita filem Alamak Toyol ini sangat mudah untuk di’fahami dan apa yang pasti, ketawa anda tidak akan terputus dari awal cerita sehingga ke’akhirnya.

Jadi, untuk hujung minggu yang panjang selepas ini, pastikan menonton filem Alamak Toyol masuk dalam kalendar aktiviti anda. Rotikaya Rating: 3.5/5