fbpx

Mirip Dua Lipa, Imej Baru Ameera Khan Jadi Perhatian

Walaupun terpalit dengan kontroversi panas, Instafamous Little Miss Khan atau nama sebenarnya Ameera Khan ini terus maju kehadapan dan bakal memperkenalkan kosmetik jenamanya sendiri iaitu LMK Cosmetics.

Muda-muda lagi dah ada jenama produk sendiri dan bakal mengikut jejak langkah kakaknya untuk bergelar usahawan berjaya.

BACA: 5 Sebab Adik Neelofa Digelar Kylie Jenner Malaysia

Baru-baru ini Ameera memuat naik gambarnya bagi mempromosikan produk kosmetiknya yang bakal dilancarkan 8 Mei ini.

Ternyata foto tersebut menjadi perhatian ramai kerana wajah Ameera dikatakan mirip penyanyi popular Dua Lipa. Sebelum ini Ameera pernah digelar sebagai ‘Kylie Jenner Malaysia’.

Walaupun ramai yang mengecam, sekali pandang wajah mereka memang seiras dan ramai mengakui wajah Ameera saling tidak tumpah seperti Dua Lipa.

Apa-apa pun, memang ramai yang kagum dengan gadis berusia 17 tahun ini. Apa saja kecaman dia tidak mudah melatah dan yang dilakukan oleh Ameera pasti akan menjadi perhatian. Lebih mengejutkan Instragramnya kini hampir mencecah 1 juta pengikut.