fbpx

5 Sebab Adik Neelofa Digelar Kylie Jenner Malaysia

Baru saja berusia 17 tahun, adik kepada pelakon popular Neelofa, Ameera Khan mempunyai aura tersendiri dan kini dikenali ramai.

Memiliki rupa paras yang cantik dan memiliki kacukan Arab Pakistan, sudah tentu membuatkan ramai wanita yang makan hati. Dah la cantik, kaya pula tu.

Boleh dikatakan Ameera menjadi idola anak muda seusianya lebih-lebih lagi gaya penampilannya sentiasa mengikut peredaran fesyen dan digelar Kylie Jenner Malaysia oleh pengikutnya.

Apa persamaan antara Ameera dan selebriti terkenal Kylie Jenner? Kami berikan 5 sebab mengapa Ameera digelar the next Kardashians.

1. Peminat tegar Kylie Jenner

Menerusi video terbarunya di YouTube, Ameera menjadikan Kylie Jenner sebagai idolanya. Jika dilihat dengan gaya Ameera pun memang seakan-akan Kylie Jenner.

2. Miliki produk kosmetik jenama sendiri

Kylie Jenner memiliki produk kosmetiknya sendiri. Tak lama lagi Ameera pun akan ada produk kosmetiknya sendiri iaitu LMK Cosmetics. Nampaknya Ameera bakal mengikut jejak langkah kakaknya untuk menjadi usahawan berjaya.

3. Ada saluran YouTube sendiri

Jika Kylie memiliki saluran YouTube sendiri, begitu juga Ameera. Saluran YouTube Ameera memaparkan kisah peribadinya yang ramai tidak tahu.

4. Gaya percakapan pun hampir sama

Jika anda perhatikan gaya percakapan Ameera, memang nampak sama seperti idolanya itu.

5. Minat pun sama!

Kalau dah nama pun idola, dah tentu la minat pun sama. Gaya bergambar pun sama, fesyen pun sama. Macam kembar pun ada. Setuju tak?