fbpx

Scha al-Yahya Marah Penulis Blog Gossip Melalui Facebook

Baca: Scha al-Yahya & Awal Ashaari Di’lihat Bermesra Di Hartamas Square

Scha al-Yahya, kita sekarang hidup dalam zaman internet & segalanya terbuka. Privacy kita semakin mengecil.

Beberapa hari lalu, Scha al-Yahya ada menulis luahan hati di’Facebook tentang apa yang terjadi selepas Fahrin Ahmad buka mulut berkaitan orang ketiga.

Scha al-Yahya mengakui yang hubungan mereka berdua putus bukan kerana orang ketiga & beliau ada bukti kukuh untuk tunjuk kepada khalayak ramai.

Apa yang buat Scha al-Yahya naik angin adalah apabila ada penulid blog gossip yang menggunakan Twitter beliau sebagai bahan berita.

“Twitter. I tweet, kalau I approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. taruk daalm blog,scoop sana scoop sini. lumrah. Itulah yg internet buat. Bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu”

Miley Cyrus berhenti menggunakan Twitter atas sebab yang sama, wartawan menggunakan informasi dari Twitter beliau sebagai bahan berita.

Jika benar-benar ingin jauhkan perkara ini, sila jangan post apa-apa yang bersifat peribadi ke dalam Twitter. Jadikan Twitter medium khas untuk tegur & menjawab soalan peminat.

Kami sayangkan anda Scha al-Yahya. Jika di’kumpulkan jumlah pembaca blog gossip satu Malaysia, rasanya lebih dari jumlah edaran semua majalah hiburan di’Malaysia.

Kami berikan publisiti yang cepat & mudah untuk semua selebriti tanpa prejudis. Kami tidak pilih siapa untuk kami ampu atau jatuhkan.

Jika ada cerita, kami akan siarkan. Jika ada gambar sensasi juga kami akan siarkan. Ini bukan soal etika, tetapi untuk memberi satu situasi di’mana golongan selebriti sedar mereka di’perhatikan.

Nasihat kami kepada anda Scha al-Yahya, berhenti keluarkan kenyataan yang menyentuh soal peribadi dalam mana-mana laman sosial, Facebook atau Twitter.