fbpx

Pelakon Hannah Delisha berkata dia sentiasa berhati-hati setiap kali melakonkan adegan bersentuhan dalam setiap karya.

Memetik mStar Online, Hannah berkata dia sedar bahawa ianya salah di sisi agama Islam namun tidak dapat mengelak disebabkan tuntutan kerjaya sebagai pelakon.

BACA: Hannah Delisha Nak Kumpul Dulu Kekuatan Sebelum Jadi Ibu

“Saya tahu apa yang saya buat iaitu bersentuhan dengan lelaki ketika berlakon adalah salah. Saya tahu hukumnya tapi ini adalah kerja saya (berlakon). Saya juga ada bercakap dengan suami mengenai perkara ini.

“Tapi sangat susah untuk saya mengelak daripada bersentuhan. Saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk menjayakan satu-satu watak,” katanya.

Menjayakan watak Aleya dalam drama Andainya Itu Takdir berkisahkan keganasan rumah tangga, Hannah berkata banyak adegan pukul dan kadang kala tidak boleh dielak untuk bersentuhan.

“Terutama dalam Andai Itu Takdirnya yang banyak adegan memukul sangat susah untuk saya mengelak daripada bersentuhan dengan pelakon lelaki,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata jika ada adegan bersentuhan dia akan meminta izin terlebih dahulu daripada pelakon lelaki berkenaan supaya mengelakkan berlaku salah faham.

“Kalau ada adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain, saya akan tanya dulu  sama ada mereka selesa atau tidak, baru saya akan lakukan,” katanya.