fbpx

Baru-baru ini, penyampai radio Fizi Ali menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Ameena Sofia bersama bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri.

Meskipun sudah berpisah, namun Fizi dan Shakilla tetap sepakar bersama-sama demi memastikan kebahagiaan anak mereka. Malah, rata-rata netizen mendoakan agar kedua-dua mereka kembali bersatu sebagai suami isteri demi anak.

BACA: Baru Bercerai Dah Mengorat Wanita Lain, Fizi Ali Dikecam

Namun bagi Fizi, dia menyerahkan soal jodoh kepada takdir. Ujarnya, buat masa ini adalah lebih baik jika beri ruang kepada kedua-dua pihak terlebih dahulu.

“Bukan tak terfikir untuk kembali demi anak, tapi buat masa ni biar Killa dan saya rasa okey sedikit.

“Maksudnya bagi masa untuk diri sendiri, tapi kalau tak ada jodoh tetap tak boleh buat apa. Tapi yang penting anak kami dapat dibesarkan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021. Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.