fbpx

Mat Dan Terima Status Penduduk Tetap Malaysia

Mula menetap di Malaysia sejak tahun 2009, Mat Dan atau nama Islamnya nama Islamnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah yang berasal dari Bristol, United Kingdom kini mendapat status penduduk tetap Malaysia.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya memang terkejut. Memang saya pun tidak menyangka bahawa TPM sendiri yang akan umum perkara tersebut,” ujarnya seperti dipetik daripada Astro Awani.

Menurut Mat Dan, dia mula memohon status penduduk tetap selepas mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Terengganu.

“Saya rasa ia satu impian yang menjadi kenyataan..boleh duduk di sini dan kini harapan saya agar saya boleh membuat sesuatu yang positif untuk Terengganu.

“Saya mula memohon menjadi rakyat Malaysia selepas sahaja saya kahwin, saya tahu ia tidak mudah tapi bila berita gembira ini datang.. saya rasa macam nak cium tangan TPM.

Status penduduk tetap Mat Dan diluluskan selepas mengkaji semua aspek termasuk sumbangannya kepada Malaysia.