Sedih Lihat Remaja Niaga Dalam Hujan, Azad Jasmin Borong Semua Burger
Baru-baru ini, pelakon Azad Jasmin berkongsikan video memaparkan seorang remaja yang gigih berniaga burger meskipun dalam cuaca sedang hujan lebat.
Menerusi video tersebut, pemuda berkenaan berdiri di lampu isyarat sambil memegang beberapa biji burger. Sedih melihat remaja tersebut, Azad memborong semua burger berkenaan.
BACA: 13 Tahun Tinggal Di Rumah Flat, Azad Jasmin Hadiahkan Isteri Rumah Baru
View this post on Instagram
Dalam entri itu, Azad turut berharap orang ramai yang melalui jalan berkenaan untuk membantu peniaga tersebut kerana mereka bukan meraih simpati tetapi untuk mencari pendapatan.
Perkongsian Azad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati dengan remaja berkenaan yang tetap gigih berniaga serta mendoakan agar dilimpahkan rezeki berganda.
sebak tengok ..moga murah rezeki mu dik .. aamiin
Kesiann tengok. Ramai kaya2 isi perut sendiri. Pandang serong peniaga2 kecil macam nie. Bagus Azad
Alhamdulillahh..gembira hamba allah tu, Azad berhenti sat pi beli burger die dlm tgh hujan. Semoga dilimpahi rezki dan rahmat allah bagi kedua- dua insan mulia ini. Aaminn.
makin tua nampak si azad ni … boleh berlakon dgn sabri yunos ni, jadi adik beradik. muka sama la…
Semoga dimurahkan rezeki
Ye..,itu salah satu cara kita menolong peniaga2 tepi jalan…kalau kita tak makan semua burger tu, kita boleh sedekahkan balik kat orang lain.
Tahniah Azad semuga kau dpt rahmat Allah.