Emma Maembong Mengaku Masih Berkawan Dengan Bekas Kekasih
Tidak dinafikan bukan mudah untuk mengekalkan hubungan baik dengan bekas kekasih, namun lain pula dengan pelakon Emma Maembong yang tiada masalah untuk kekal berkawan.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Emma berkata ia bukan satu kesalahan untuk berbaik dengan bekas kekasih yang sebelum ini pernah berada dalam hidupnya dan serba serbi tahu tentang apa yang disukainya.
BACA: Kongsi Foto Bersama Emma Maembong & Suami, Netizen Puji Zizan Razak
“Ya, saya mengaku masih berkawan dengan bekas teman lelaki. Bagi saya, pada awal ketika baru berpisah memang normal jika wujud perasaan benci dan marah tetapi jika difikirkan semula, dia salah seorang yang pernah kita kenali dalam hidup.
“Dia mengetahui serba-serbi tentang diri kita seperti suka makan apa dan juga yang pernah ambil hati kita tetapi sayangnya dia tetap bukan jodoh kita,” katanya.
Menjawab soalan daripada netizen bagaimana cara untuk terus berkawan dengan bekas kekasih, Emma berpendapat tidak perlu bermusuh dengan individu yang pernah dianggap lebih daripada seorang kawan.
“Bukankah lebih seronok ada seorang sahabat yang sudah tahu mengenai diri kita dan masih lagi berkawan. Mungkin dia tahu bagaimana untuk tenangkan kita.
“Pada awal dulu memang rasa geram sangat tetapi lama-kelamaan perlu sedar dia bukan jodoh kita. Tidak salah jika hendak berbaik dengan seseorang yang pernah jadi sebahagian daripada hidup dan tercatit dalam sejarah buku hidup kita,” ujarnya.
- SUMBER
- Kosmo!
Kalau boleh berkawan lepas putus. Maksudnya tak ada perasaan yang kuat pon daripada awal. Dan ex kau dan kau dedua tak buat hal. Cuma tak compatible ja.
Orang yang ada perasaan yang kuat dah putus tak boleh kawan dah. Atau ex sejenis celaka buat hal. Memang patut kau delete daripada kehidupan kau sampai kiamat!
Ikut ko la nak melacor pun betine Tua penting ke diri mu ini?
Buat apa.. kalu aku belah je..
He is an ex for a reason. Laki aku dah cukup serba serbi bagi aku.
Ex selalu nya perangai cm anat. Lupakan.. kalu dia baik.. serasi korang dah lama berjodohan dedulu kan? Knp jd ex.. yihh.. wasting time. Xbwk faedah pon. Stop being kolot la and move on. You are being disrespect to your husband. Besok kalu ex hubby u nak kawan dgn ex dan ehem mau kawin apa ko rase? Ini satu kecurangan x rasmi…
Lelaki dan perempuan x boleh berkawan jangan nak kelentong la wey. Mesti ada nafsu tak sikit..banyak. Bahaya oooo. Kecuali ko tu lesbian. Ha ha
ex ko yg x laku tu ke.. hero tua kan?
hati2 suami kalu okay baik sporting tu mesti ada yg tersirat..mesti ada makna.
nanti dlm senyap dia mengganaz k. ego lelaki jgn dicabar buruk padahnye nnti.
Wasting time. Aku dh kwin, wlpn ex aku sibuk add aku dkt LinkedIn. Jadah. Aku takkn sma skli jd kwn pd dia. Ko dh kwn, jg prsaan suami kau. Ex org yg pnh dtg d hdup kita, pnh syg kita. Tipu klu 100% kau blh lupa kn memori Indah mcmtu je. Ni pn aku baca smbil geleng kepala. Blh plk mengimbau kngn lama ek. Dia tau kau suka apa, fav apa. Deyyy tu cerita lama. Tkpyh nk bukak blk le
Zizan tu tk kwin. Msih single ye. Pls be extra careful. Wlpn kau anggp dia kwn, blh ke kau lupa kngn lma dgn dia dlu2. Tak bnyk mst sikit akn ada sesi throwbck bersma2 bila dh mula contc each other. Eh tipu kalau tkde rsa rindu, bila pegi tmpt kat mana2, makan apa. Tkkn blh delete dprd minda Sng2? Pstu, kau jamin ke suami kau tk ksh? Hati2. Suami tk ksh, tk cemburu mgkn ada agenda lain. Who knows. Biar pk bkn2 drpd skrg. Drpd terlalu yakin.
What for? Buang masa kawan dgn ex.
Jgn Emma takut suami pun nak kawan dgn ex dia camna perasaan? They are called ex for a reason to be exterminate…
Betul tu emma. Kekalkan hubungan dgn bekas kekasih walaupun kita sudah berkahwin. Bekas kekasih lebih mengenali kita dan lebih tahu hal diri kita drp suami sendiri krn pernah hadir menjadi sebahgian dari hidup kita. Bila kita sudah berkahwin bukankah lebih seronok kalau kita ada sahabat selain suami yg boleh menenangkan kita. Sahabat tahu cara utk menenangkan kita. Ini semua ramuan dan rencah kehidupan bekeluarga yg akan mententeramkan perasaan dan membahgiakan suami kita. Betul ke pendapat aku ni?
sian laki dia, apa jenis pompuan buka cerita lama
Ahahahah sah ema ni dpt control laki dia..
Konon sbb dia pelakon suami kena faham dia, so memang x perlu hormat suami la?
Paking kurang jaga maruah suami, jaga perasaan dia.. Nampak gaya gini, x lama emma ni..