“Bukan Kami Punca Permohonan Rentas Negeri Diperketatkan”
Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila tular satu notis syarat pelepasan rentas negeri diperketatkan berikutan ada selebriti yang tidak bertanggungjawab selepas mendapat kebenaran.
Mengulas mengenai isu itu, pelakon Risteena Munim berkata jika permohonan rentas negeri atas urusan kerja diperketatkan bukan mereka menjadi penyebabnya.
BACA: Netizen Persoal Risteena, Isa Khan Rentas Negeri Berbulan Madu Di Sabah
“Kalau permohonan merentas negeri atas urusan kerja diperketatkan, ia bukan berpunca daripada kami. Mungkin disebabkan faktor lain,” katanya.
Kata Risteena lagi, pihak berkuasa sudah mengesahkan dia bersama suami yang juga pelakon, Isa Khan berada di Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu adalah atas urusan kerja.
“Orang tak sepatutnya fikir begitu. Ini kerana memang kami pergi atas urusan kerja. Jadi kalau perkara ini diperketatkan, saya tak rasa ia disebabkan kami kerana memang pihak polis sudah sahkan kami ke sana atas urusan kerja.
“Kami tidak ke mana-mana dan bukannya sambil menyelam minum air. Di situ kami selesaikan kerja dan makan. Kebetulan orang tengok kami di tempat itu. Kenapa benda itu nak dikaitkan dengan kami lagi,” katanya.
Sementara itu, Isa Khan berkata banyak lagi sebab munasabah mengapa pihak berkuasa mengetatkan perkara itu daripada menuduh dia dan isteri sebagai punca.
“Sebenarnya kebetulan di tempat kami bekerja itu adalah lokasi pelancongan sekali gus menyebabkan isu ini timbul. Jika polis nak perketatkan kebenaran merentas negeri, banyak lagi faktor lain yang lebih munasabah dan penting daripada menuduh kami sebagai punca,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Isa dan Risteena didakwa merentas negeri untuk menikmati percutian bulan madu di Sabah.
Menafikan dakwaan tersebut, Risteena menjelaskan dia ke Sabah atas urusan kerja serta mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.
- SUMBER
- Harian Metro
Done boikot semua produk mereka
Siapa nk ngaku …10k woi kena masing2 tiba2 tunjuk rajin gigih sane sini.
Sembang undang2 yg sgt tidak adil nmpk sgt sop boleh dimanipulasi.
Ko ingat kami ni bengap mcm ko ke . Kau la salah satu punca
Dua darjat is real bro…takdirr
eleh mereka pergi kerja lah …
mengawan tu kira kerja juga.
sama mcm hjh zouk dan PU tak habis belajar agama tu.
merekakan bdk2 lagi nanti tulah dgn orgtua
bukan susah nak buat surat kebenaran rentas negeri atas urusan kerja. Maklum la sendiri punye company…sign saja. Tapi disebalik tu betul ke buat keje kat sane??
Ko dan lopak sma je.
Nk rentas boleh tapi yg ko bawak partner dh knp? Siapa nk ngaku buat taik? Lepas kawin mesti la sesi tebok menebok.
geng2 sampah yg menyusahkan org..pakai alasan kerja untuk kesana sini..org biasa ni tak de alasan nk kesana sini duduk tperap mcm org bodoh ..kononya kita jaga kita..tahan diri jumpa pamily di kg..mmg nmpk muka penipu pon.
Ko xpyh la perasan sgt woi! Instafamous tu org lain.. hallah hallah hallah
ya allah tak habis2 lagi ke. diam je lah. makin bukak mulut tu makin terserlah…..
Tahniah pengurusan Anda sgt creatif..layak jdi pengurusan zoo
Adalah lebih afdal to just STFU.
Selebriti Tersampah 2021
1 Lopak
2 Syuk
3 Jahanam Nick
4 Nadia Brian
5 Sajat
6 Da’i Rogol
7 Risteena
8 Ruhainies
Selebriti Tersampah 2021
1 Lopak
2 Syuk
3 Jahanam Nick
4 Nadia Brian
5 Sajat
6 Da’i Rogol
7 Risteena
8 Ruhainies
Bodoh lah netizen ni kat sabah ni x boleh rentas daerah saya minta surat kebenaran polis ke suatu tmpt tp boleh aje ke tmpt lain. X semesti nya ke tmpt yg kita isi dlm borang tu aje
ok done x minat depa nih..couple paling teruk tahun ni.. dlu aku x ske couple ayde jebat tp sekurang2 diorg respect pasal SOP..