Perkongsian penyanyi Adira menjadi perhatian ramai apabila dilihat memuat naik video menjalani sesi fotografi sambil menggayakan beberapa busana pengantin.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, bekas suaminya, iaitu Datuk Red memuji kecantikan Adira serta mendoakan dan reda seandainya bekas isterinya itu bertemu jodoh dengan orang lain.

BACA: Datuk Red Nak Lunas Hutang RM7 Juta Sebelum Nikah Adira Semula

Sementara itu, Adira turut membalas komen bekas suaminya itu dengan mendoakan yang terbaik serta dipertemukan dengan jodoh yang terbaik.

Terdahulu. Adira dan Datuk Red bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April 2024.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.

×