fbpx

“Kita Tunggu Sophia Sendiri Beri Kenyataan” – Pengurus

Pengurus kepada Sophia Albarakbah iaitu Nik Yasmin meminta agar semua pihak menunggu pelakon itu sendiri membuat kenyataan berhubung kontroversi bersama aktor Aliff Aziz.

Memetik BH Online, Nik Yasmin berkata lebih baik Sophia sendiri bercakap mengenai perkara itu kerana ia membabitkan kisah peribadinya.

BACA: Sarah Yasmine Dedah Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Masih Berhubung

“Kita tunggu dia cakap sendiri. Saya tidak mahu salah cakap. Saya hanya menguruskan kerjayanya. Saya tidak mahu nanti apa yang saya cakap memberi kesan kepada kerjaya Sophia.

“Kalau boleh, kita tunggu Sophia sendiri beri kenyataan. Saya tidak boleh beri kenyataan bagi pihak dia. Saya tidak mahu beri kenyataan ‘mengundang’. Saya tidak mahu perkara ini jadi lebih besar dan orang marah dia.

“Saya tahu benda yang berlaku dan sudah tentu saya dari pihak pengurusan kena prihatin dengan benda itu dan sudah tentu kami ada berbincang dengannya kerana ketika kejadian itu berlaku kami ada dengan dia,” katanya.

Sementara itu, Nik Yasmin berkata Sophia tidak dapat hari pada majlis pra pelancaran filem hari ini kerana perlu menghadiri kelas bahasa Jepun untuk drama akan datang.

“Ya filem ini penting untuk dia. Tapi dia ada jadual untuk ‘job’ seterusnya Dia sekarang ada dalam kelas bahasa Jepun untuk drama Saga With Love musim kedua. Bulan depan dia akan Jepun untuk drama itu,” katanya.

Terdahulu, kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan Sophia masih lagi berhubung dengan Aliff sehingga 28 Mac lalu sekaligus mengejutkan ramai.

SUMBER: BH Online