fbpx

Jihan Muse Kongsi Wajah Anak Kedua, Pilih Nama Ungku Altamis Barr

Selamat menimang cahaya mata kedua tiga minggu lalu, pengacara Jihan Muse mendedahkan wajah serta nama anaknya itu di Instagram.

Berkongsikan semula posting yang dimuat naik oleh suaminya, Ungku Hariz, Jihan turut memuat naik foto bayi lelakinya yang diberi nama Ungku Altamis Barr.

BACA: Jihan Muse Selamat Bersalin Anak Kedua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

“Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal,” tulisnya.

Perkongsian Jihan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Terdahulu, pengacara berusia 39 tahun itu selamat melahirkan Ungku Altamis Barr di sebuah pusat perubatan swasta pada 6 September lalu.

Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq kini berusia 4 tahun.