fbpx

“Dah Keluar Gua, Tapi Play Victim” – Puteri Sarah

Selepas sekian lama berdiam diri, pengarah Syamsul Yusof berjanji akan menyelesaikan masalah kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah dalam masa terdekat ini.

Menurut Syamsul, sudah tiba masanya dia merungkai apa yang berlaku di sebalik kemelut rumah tangganya yang menjadi bualan ramai hampir setengah tahun.

BACA: Syamsul Yusof Bakal Jelaskan Isu Kahwin Dua

Sementara itu, perkongsian Puteri Sarah di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila memuat naik posting seakan memerli seseorang dikatakan cuba ‘play victim’.

“Dah keluar gua tapi play victim pulak. Takpelah janji settle. Stay classy they said,” tulisnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik satu perkongsian mengatakan bahawa tahun 2023, para isteri akan lebih ‘lelaki’ berbanding lelaki itu sendiri.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berharap agar wanita diluar sana yang senasib dengannya akan terus kuat menghadapi segala ujian.

Terdahulu, Syamsul berkata dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak termasuk isterinya, Puteri Sarah yang sering berkongsikan kisah rumah tangga kepada umum di media sosial.